Di Antara Tidur Yang Mendapat Pahala Dengan Tidur Kosong.
Bismillahirrahmanirrahim.....Seseorang yang berusia 60 tahun akan  menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun untuk tidur. Sekiranya dia tidur  mengikut sunnah Rasullullah saw, maka tidurnya akan jadi ibadah. Allah  swt hanya akan menerima ibadah yang dilakukan dengan ikhlas. Tidur  adalah ibadat yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau  terpaksa untuk tidur. Ganjaran Allah swt untuk orang yang mengamalkan  sunnah sangat besar. Satu sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi  ganjaran 100 pahala mati syahid, sedangkan satu pahala mati syahid sudah  cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga.
Di dalam tidur sendiri ada banyak  sunnah. Sebaliknya, jika seseorang tidur cara selain dari cara Nabi saw,  dia hanya akan dapat kerehatan. Kalau bernasib baik, selama 20 tahun  mungkin dia dapat mengumpul 20 kilo tahi mata dan menakung 20 liter atau  lebih air liur basi.
Antara  sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.
- Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.
 - Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.
 - Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu, dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah? Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali, Allahuakbar 33 kali.
 - Baca 4 Qul (An-Nas, Al-Falaq, Al-Ikhlas, Al-Kafiruun) tiup ke tapak tangan dan sapu ke seluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia. Kemudian baca bismillahirrahmanirrahim 21 kali. Barangsiapa membaca bismillahirrahmanirrahim sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian terkejut.
 - Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.
 - Ambil wudhu’ sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.
 - Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur. Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.
 - Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.
 
Banyak  lagi sunnah Nabi saw yang boleh diamal, semuanya mudah untuk dilakukan.  Lebih mudah daripada bersolek atau pakai night cream sebelum  tidur. Lebih mudah daripada buat senaman ringan sebelum tidur.
Pesan Nabi saw, dilarang tidur meniarap  terutama lelaki. Sekiranya tidur dengan kain pelikat, ikat hujung kain  supaya tidak menimbulkan fitnah.
Tutup aurat ketika tidur. Kenapa ya?  Lelaki yang tidur meniarap, di bawahnya Syaitan/ Jin Betina. Tidur bogel  atau tidak menutup aurat akan menghindarkan Malaikat Rahmat dan  mengundang makhluk lain. Sekiranya bersetubuh tanpa membaca doa,  Syaitan/Jin akan bersama-sama menjamah isteri kita. Kemungkinan besar  benih yang masuk bercampur dengan benih-benih Syaitan/Jin. Jadi jangan  marah kalau anak-anak ikut perangai bapa-bapa angkat mereka ketika kita  bersetubuh dulu.
Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan  daripada Aisyah bahawa Nabi telah bersabda : Jika salah seorang di  antara kamu berasa mengantuk, hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa  mengantuk. Jika seseorang bersembahyang ketika mengantuk berkemungkinan  dia membaca istighfar sedangkan sebenarnya dia sedang mencaci dirinya  sendiri.
Islam mementingkan tidur dan rehat agar  ibadat dan aktiviti seharian dapat dilakukan dengan baik dan seimbang .  Malah tidur dapat menentukan kesihatan dan menghasilkan kecergasan dalam  diri seseorang . Bukan itu sahaja , tidur bagi seorang muslim juga  dikira sebagai satu ibadat sekiranya ia memenuhi adab2 dalam Islam  antaranya : -
1. Berwuduk
Sebaik-baik gosok gigi anda sebelum  masuk tidur . Malah biasakan diri untuk mengambil wuduk sebelum tidur  kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati . InsyaAllah tidur anda akan  sentiasa dilindungi daripada gangguan syaitan dan iblis .
2. Perut Tidak Terlalu Kenyang
Pastikan perut anda tidak terlalu  kenyang ketika mengambil makan malam. Bukan sahaja tidak elok untuk  kesihatan malah boleh menyebabkan perut anda cepat rasa sebu . Perut  yang kenyang juga boleh menyebabkan anda cepat berasa mengantuk mahupun  menghadapi masalah sukar untuk bangun .
3. Mengingati Kesilapan
Sebaik sahaja anda meletakkan kepala ke  bantal , cuba anda ingat semula perkara yang telah anda lakukan  sepanjang harian. Sekiranya anda melakukan perkara-perkara yang baik,  tingkatkan keazaman untuk terus mengekalkan perbuatan yang baik. Tetapi  sekiranya anda banyak melakukan kesilapan dan perbuatan mungkar,  berazamlah untuk berubah dan beristighfar memohon keampunan daripada  Allah S.W.T.
4. Membaca Doa dan Surah  Tertentu
Ketika ingin melelapkan mata, amalkan  membaca doa atau surah-surah tertentu terlebih dahulu. Pastikan  kedudukan tidur anda mengiring ke kanan dan seeloknya menghadap ke  kiblat.
Rasulullah S.A.W sering mengamal membaca  surah Al Ikhlas, Al Falaq dan Al-Nas dan kemudiannya dihembuskan bacaan  itu di kedua-dua belah tangannya lalu digosok ke seluruh badannya di  mana tangannya dapat sampai. Bacaan dan perbuatan baginda ini diulang  sebanyak tiga kali berturut-turut.
5. Berazam Untuk Bangun Awal
Anda juga digalakkan untuk membaca surah  Al-Kausar sebanyak tiga kali sambil berniat di dalam hati mahu bangun  awal. Berazam untuk bangun awal bagi membersihkan diri dan menunaikan  solat subuh .
6. Bangun Pagi
Setelah terjaga dari tidur pada waktu  paginya , ucapkanlah rasa syukur kepada Allah kerana telah memanjangkan  usia lalu berdoa : Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan  kami sesudah mematikan kami . KepadaNya kami akan dibangkitkan.  Kemudian lakukan sedikit regangan untuk melonggarkan otot-otot badan.
Wallahualam.....(http://wanwma.com/agama/di-antara-tidur-yang-mendapat-pahala-dengan-tidur-kosong/#more-2019)





0 komentar:
Posting Komentar