Cara Rasulullah Makan 
1. Cara makan, kenapa kita gunakan tangan?
Mengikut cara Rasulullah s.a.w, sebelum baginda makan,  baginda saw  akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya, lalu Rasullah  saw akan menghisap garam itu.
Kemudian barulah Rasulullah makan makanan tersebut. Mengapa?
Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim, tetapi  konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah  kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat  menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process  of digestion.
Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh  badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu  liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang  asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita.
Kenapa garam? Selain dari sebab ia adalah  sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi  keracunan, mengikut Dr, dihospital-hospital, the first line of treatment  for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam  juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin  menggangu manusia.
2. Cara Rasulullah mengunyah
Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan  itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.
3. Membaca Basmalah (Bismillahirrahma Nirrahim).
Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana  bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila  Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan  itu.
Cara Rasulullah minum.
Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang  menghampiri kepada haram. Jangan kita minum dari bekas yg besar dan  jangan bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas  yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu,  kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita.  Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon  dioxide, yang apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu  sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic.
Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas.
Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis.
(http://hikmatun.wordpress.com/2008/03/09/cara-makan-dan-minum-rasulullah-saw/) 





0 komentar:
Posting Komentar