Bismillahirrahmanirrahim.....
Tidak dinafikan bahawa solat yang paling  sukar untuk dilakukan dalam waktunya adalah solat subuh. Bukan kerana  solat subuh jauh lebih sukar dari solat-solat lain tetapi kerana  sukarnya kita untuk bangun tidur. Keadaan ini mungkin berlaku kepada  semua peringkat umur. Saya sendiri kadang-kala menghadapi masalah yang  sama. Di sini saya ingin kongsikan beberapa langkah kreatif yang boleh  kita sama-sama amalkan.
Langkah 1: Banyakkan jam  lonceng.
Perbanyakkan jam loceng yang boleh  mengganggu tidur kita. Letakkan ia di beberapa tempat. Mungkin dengan  hanya satu jam kita akan tutup dan terus menyambung tidur. Tetapi dengan  jam yang banyak kita terpaksa menutupnya satu persatu sehingga terpaksa  bangkit dari tempat tidur. Jangan lupa untuk letakkan jam loceng  tersebut pada tempat yang berlainan dan agak jauh dengan katil kita.
Langkah 2: Tidur tanpa selimut  dan bantal.
Jika kita seorang yang sering tidur  bertemankan bantal busuk dan selimut kesayangan, kali ini cuba tidur  tanpa semua itu. Letakkan bantal dan selimut kita di tempat yang jauh.  Biar tidur kita kurang selesa.
Langkah 3: Tidur di atas lantai.
Jika masih tidak dapat bangun walaupun  sudah tidak berbantal dan selimut, kali ini kita tak perlu lagi tidur di  atas katil. Tidur saja atas lantai. Kadang-kadang kita sukar nak  bangkit dari tidur adalah kerana badan kita terasa lemah bila berada di  atas tilam yang lembut.
Langkah 4: Sediakan semangkuk  air.
Adakalanya kita sudah terjaga dari tidur  tetapi tetap berdegil tidak mahu bangun. Dalam hati berkata, “sambung  sikit lagi…sikit lagi..sikit lagi..” dan akhirnya kita kembali tertidur  sehingga habis waktu subuh. Cara yang mudah untuk mengelakkan sifat  buruk ini ialah dengan menyediakan semangkuk air di sisi tempat kita  tidur. Apabila tersedar, letakkan tangan kita dalam air itu. Badan kita  akan terus rasa segar seperti terkena kejutan elektrik. Kalau nak lagi  kaw, selamkan terus muka kita dalam air tu. InsyaAllah lepas tu kita  akan terus bangun untuk solat!
Langkah terakhir: Tidur awal dan  disiplin terhadap masa sendiri.
Sebenarnya untuk bangkit solat subuh  bukanlah perkara yang sukar jika kita berdisiplin dengan waktu tidur  kita. Tidur dengan membaca doa dan minta perlindungan dari Allah supaya  kita diberi kekuatan untuk bangun solat subuh. Amalkan sunnah yang  dilakukan oleh Rasulullah sebelum tidur. Rujuk artikel Di Antara Tidur Yang Mendapat Pahala  & Tidur Kosong  untuk belajar amalan yang dilakukan oleh Rasulullah sebelum tidur.
(http://wanwma.com/agama/teknik-teknik-kreatif-untuk-bangun-solat-subuh/) 





0 komentar:
Posting Komentar